Hukum Akaun Pelaburan Emas Di Bank Malaysia

 

Oleh 

Zaharuddin Abd Rahman 

http://www.zaharuddin.net/ 

  

Soalan 1 

Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut: 

Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih. 

Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank – Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam? 

Soalan 2 

Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini. 
 
Dari maklumbalas yang diberikan ialah: 
 
Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal. 
 
Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual. 
 
Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan. 
 
Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan. 
 
Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan. 

  

JAWAPAN  

Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada. 

Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :- 

Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat. 

Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :- 

• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis’ (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah

Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut. 

• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu. 

 Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded’. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf’ (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya). 

HALAL DAN SAH

Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :- 

a.    Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual. 

b.    Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma’nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)  

DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ? 

Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu : 

1-      JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan. 

http://www.flickr.com/photos/geng916/4284923378/

Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya. 

2-      JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa. 

Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan. 

Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah. 

3-      CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan. 

Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa. 

Mengapa 3 hari?  ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal’ tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah. 

4-   PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Untuk kira-kira buka di sini.  

Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam. 

Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi’ yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia. 

KESIMPULAN  

Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan. 

Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS. 

Sekian 

Zaharuddin Abd Rahman 

http://www.zaharuddin.net/

Posted in Uncategorized. No Comments »

Hikmat Ayat Seribu Dinar

Bermaksud : 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). 

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq) 

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja. 

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut. 

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh. 

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala. 

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Posted in Uncategorized. No Comments »

playstation 3 dan nintendo Wii yang berharga lebih RM1 juta (console game emas siot…)

korang tentu dah baca tulisan aku dahulu tentang kegunaan emas dalam industri…ini yang terbaru..playstation 3 dari emas…yup emas..aku tak tipu..kalau aku tipu web lowyat tipulah dan New Launches tipu la…jugak….ini petikan dari lowyat.net

Sony PS3 Supreme is the world’s most expensive PS3 at $320,000

If you think the latest Final Fantasy version of Sony PS3 is expensive, wait till you get a load of this; a gold PS3 that costs about RM1,137,971.55. This PlayStation is carved out of 1,600 grams of solid 22ct gold and dazzled with a diamond-studded disc load using 58 0.50ct Flawless diamonds. As crazy as the price may seem, the PlayStation 3 Supreme is not the most expensive gaming console blingged by Stuart Hughes. The Nintendo Wii Supreme that costs approximately RM1,706,971.55 was made out of 2.5kg of solid 22ct gold and a total of 19.5ct of diamonds. If someone is crazy enough to buy these consoles, I would definitely love to see how his house looks like.

nie Playstation 3 klik link di bawah

 http://www.flickr.com/photos/geng916/4284909486/

nie nitendo Wii klik link di bawah

http://www.flickr.com/photos/geng916/4284164087/

sumber:-

http://www.lowyat.net/v2/latest/playstation-3-that-costs-over-rm1-million-2.html

http://www.newlaunches.com/archives/sony_ps3_supreme_is_the_worlds_most_expensive_ps3_at_320000.php

Posted in Uncategorized. No Comments »

Pajak Gadai Islam…Ar-Rahn/Ar-Rahnu Di Sungai Petani Kedah

semalam aku servey di sekitar sungai petani untuk mencari kedai pajak islam/Ar-Rahnu…selain dari Bank Rakyat aku nak cari tempat lain jugak bukannya apa..supaya senang aku nak rempit emas…lagipun mengikut info dari Public Gold..Public Gold akan buka wakalah(cawangan) baru di sungai petani..kalau tak silap berdekatan Public Bank..dekat benar dengan rumah aku..hehehe…ok di SP banyak betul kedai pajak …tapi kedai pajak gadai islam ada 2 sahaja…Ar-Rahnu YaPEIM dan Ar-Rahn(nie kelantan punya…ya kelantan punya..aku tak tipu..hehehe)

apa itu Pajak Gadai Islam?atau Ar-Rahnu…

Ar-Rahnu merupakan Pajak Gadai Islam yang mengabungkan konsep-konsep syariah Ar-Rahnu, Al-Wadiah Yat Dhamanah dan Al-Qard..apa benda nie?

Ar_Rahnu-mekanisme dimana satu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan pinjaman secara bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya pinjaman tidak dapat dijelaskan

Al Wadiah Yad Dhamanah-adalah merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan.Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.

Al Qard-merujuk kepada pinjaman yang diberikan mengikut perutusan tertentu daripada nilai marhum.

Cerita dari Ar-Rahnu YaPEIM

Dilaksanakan oleh Koperasi YaPEIM Berhad

Nilai Pembiayaan-

Ar-Rahnu Yapeim membolehkan kita memperolehi tunai sehingga 65% dari nilai emas(marhum). Jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM25K seorang dengan RM10K setiap transaksi

Tempoh Gadaian-

Tempoh asa selama 6 bulan (tempoh matang)

Tempoh lanjutan pertama selama 2 bulan

Tempoh lanjutan kedua selama 2 bulan

Jenis Barang Gadaian

semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas yang mempuntai kualiti mutu berikut:-

emas 999,emas950,emas916,emas875,emas835,emas750…selain barang kemas…semua Ar-Rahnu Yapeim hanya menerima syilling emas sahaja..gold bar tak terima..jadi bagi perempit-2 emas Public Gold..emas yg boleh guna adalah syiling emas 50g 999 sahaja dan dinar emas sahaja…gold bar takleh guna disini..kesian orang Sungai Petani..tapi tak apa ada tempat lain..nanti..tungguuuuuuuuuuu.

Penebusan

boleh dibuat secara ansuran atau sekaligus pada bila-bila masa sebelum atau pada tarikh matang

Kelebihan Ar-Rahnu Yapeim:-

  1. pembiayaan berlandasan syariah
  2. cepat dan mudah
  3. barang gadaian dijamin keselamatanya (lupa nak tanya ada insuran ke tak)
  4. upah simpan yang rendah(lihat dibawah)
  5. kadar upah tetap dan tak berubah sehingga penebusan
  6. tempoh gadaian lama
  7. tiada chas pemprosesan
  8. lebihan hasil lelongan dikembalikan kepada pengadai

Keburukkan

  1. tak terima gold bar hanya gold coins sahaja

 

waktu urusniaga

isnin-khamis 9am-4ptg,

Jumaat 9.00am-12.30 t/ghri & 2.30pm-4.45pm

sabtu ahad dan cuti umum-tutup la

Upah simpan di Ar-Rahnu YaPEIM

mengikut nilai marhum

RM720 kebawah-RMo.50

RM721-Rm2000 – RM0.65

RM2001 keatas – RM0.75

sumber..dari Ar-Rahnu YaPEIM Sungai Petani

cerita AR-Rahn (klick link bawah)

http://www.flickr.com/photos/geng916/4284158389/

diuruskan oleh Permodalan Kelantan Berhad & Koperasi Permodalan Kelantan Berhad

konsep sama macam ar-rahnu yang lain..

kadar pinjaman dihadkan kepada 50%-60% dari nialai marhum..boleh pilih..setakatnie 50% sahaja..

upah simpan untuk 50%

bawah Rm400-RM0.60

RM401-RM2000 – Rm0.85

RM2001-Rm10,00 – EM0.95

untuk 60%..kena tambah RM0.30(dimaklumkan oleh pegawai)

disini yang bestnya terima semua jenis emas ..gold bar dan coins jugak diterima…tapi upah simpan mahal..

tempoh penebusan

selama 6 bulan…tapi boleh memohon dilanjutkan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak tapi kena bayar upah simpan.

tak boleh tebus..emas kena lelong..baki dapat balik kepada penggadai.penggadai diberi peluang untuk merunding, menjual cagaran berdasarkan harga emas semasa

operasi dikedah dan kelantan

ahad-rabu-8.30pg-4.30ptg

khamis-8.30pagi-4.15ptg

cawanga lain

isnin -jumaat 9.00pg-5.00 ptg

cawangan lain (yup bukan kelantan dan kedah sahaja tau..tempat lain pun ada)

Ar-Rahn Kota Bharu
PT 95, Seksyen 7, Jalan Temenggong, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-741 4400
Fax : 09-741 4409


Ar-Rahn Kota Bharu 2
Lot 1007, Tingkat Bawah, Bangunan Hotel Raudah,
Jalan Maju, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Malaysia.
Tel : 09-7414322
Fax : 09-7414320 Lot PT 110, Jalan Chempaka, 17500 Tanah Merah, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-950 2990
Fax : 09-950 2998

Ar-Rahn Tanah Merah

Ar-Rahn Pasir Mas
No. 55-D, Jalan Pasar Lama, 17000 Pasir Mas, Kelantan, Malaysia
Tel : 09-790 0500
Fax : 09-790 1500

Ar-Rahn Jelawat
Lot PT 128, Bangunan MDB, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-778 7060
Fax : 09-778 7061


Ar-Rahn Machang
Lot PT 371, Jalan Bakat, 18500 Machang, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-975 0050
Fax : 09-975 0052

Ar-Rahn Kajang
No. 10, Jalan Raja Harun,
43000 Kajang, Selangor.
Tel: 03-873 61517
Fax : 03-873 67552

Ar-Rahn Kangar
Tingkat Bawah, No 13,
Jalan Jubli Perak,
01000 Kangar,
Perlis.
Tel: 04-976 3526
Fax: 04-976 3525

Ar-Rahn Raub
No 57, Jalan Tun Razak,
27600 Raub,
Pahang.
Tel: 09-350 1310
Fax: 09-350 1311

Ar-Rahn Temerloh
No 33, Jalan Bahaman 3,
28000 Temerloh,
Pahang.
Tel: 09-290 1977
Fax: 09-290 1978

Ar-Rahn Kuantan
No 2, Jalan Mahkota,
25000 Kuantan,
Pahang.
Tel: 09-513 4345
Fax: 09-514 4345

Ar-Rahn Rantau Panjang
No. 181, Tingkat Bawah, Jalan Besar, Lubok Stol,
17200 Rantau Panjang,
Kelantan, Malaysia.
Tel: 09-795 3949
Fax : 09-795 0599

Ar-Rahn Wakat Baru
No. 2, Wisma MDT 2, Wakaf Bharu, 16250 Tumpat, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-718 5555
Fax : 09-718 5550

Ar-Rahn Guchil
PT 4916, Wisma Abdul Rahman, Tingkat Bawah, Guchil,
Bandar Kuala Krai,
Kelantan, Malaysia
Tel: 09-960 2242
Fax : 09-960 2240

Ar-Rahn Wakaf Che Yeh
Lot PT 448, Jalan Kuala Krai, Batu 3, Wakaf Che Yeh,
15150 Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia
Tel: 09-741 4411
Fax : 09-741 4410

Ar-Rahn Gua Musang
PT 7963, Tingkat Bawah, Kedai MDGM, Stesen Bas Lama,
18000 Gua Musang,
Kelantan. Malaysia.
Tel : 09-912 0440 
Fax : 09-912 0444

Ar-Rahn Raja Laut
No. 44G, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
Tel : 03-269 33433
Fax : 03-269 33431

Ar-Rahn Rawang
No. 49, Jalan Maxwell,
48000 Rawang, Selangor.
Tel : 03-609 28441
Fax : 03-609 28429

Ar-Rahn Alor Setar
No 1561, Jalan Kota,
05000 Alor Setar
Kedah.
Tel: 04-735 2831
Fax: 04-735 2832

Ar-Rahn Bentong
Tingkat Bawah, No 42,
Jalan Loke Yew,
28700 Bentong,
Pahang.
Tel: 09-220 1414
Fax: 09-220 1411

Ar-Rahn Sungai Petani
Tingkat Bawah, No 21,
Jalan Ibrahim,
08000 Sungai Petani,
Kedah.
Tel: 04-420 0300
Fax: 04-420 0301

Ar-Rahn Bayan Baru
Lot Pt 112,
Jalan Mayang Pasir,
11952 Bayan Baru,
Pulau Pinang.
Tel: 04-640 2421
Fax: 04-640 2422

sumber http://www.pkb.net.my/arrahn/

 

untuk dapat kan rujukan boleh beli buku ini

Layari http://geng916.com/ilmu-emas/

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Tup-Tup ..baru saja…

tup..tup..baru saja aku ambil emas…dah ada 2 orang lock harga 1 dinar…sorang kawan aku yang kerja satu opis…sorang lagi ketua jabatan elektrik di IKM LUMUT, Perak…fuhh jauh siot dari utara ke selatan..kemudian ke pantai selatan….tenggok..inilah pelaburan emas…tak kenal sempadan…alhamdulillah…

inilah 1 dinar….kecik kan besar lagi 20 sen…nie pun harganya mencecah lebih Rm500…hehehe…mari beli…tengok web site terus call dan lock harga….klik di bawah

http://www.flickr.com/photos/geng916/4284880496/

http://www.flickr.com/photos/geng916/4284134993/

http://publicdinar.com/

Posted in Uncategorized. No Comments »

Permulaan langkah ku sebagai pelabur emas…

akhirnya aku dapat jugak pulang ke kampung halaman ku diSungai Petani Kedah…esoknya aku pergi ke public gold untuk dapatkan stock aku…klik link dibawah

http://www.flickr.com/photos/geng916/4284894568/

ini adalah barang yang aku dapat setelah menjadi agent Public Gold

set emas 1 dinar,5 dinar, 10 dinar,gold bar 20g, gold bar 50g, gold coin 50g,dan gold bar 100g siap dengan sijil masing-2

pemplet Public Gold dan Public Dinar kotak paparan emas file dan isi tentang Public Gold

http://www.flickr.com/photos/geng916/4284894568/

fuhh..mengelit kata orang kedah..berkilau la maknanya…kos aku jadi agen adalah RM39k….mahalkan tue la…jangan tunggu harga jatuh…sebab harga naik tinggi..pastu jatuh sikit-sikit..jadi senang cakap ada duit..terus jalan..jangan tunggu..alah..39K pun bukan beli apa asangan duit emas jugak…kena beli satu kit emas..nasib baik tak ada 1Kg..hehehe..jadi inlah emas aku sekrangan….jadi korang jgn tunggu dan lihat saja…marila..kita kaya sama-sama…

Posted in Uncategorized. No Comments »

Seminar Pelaburan Emas Dengan Public Gold

Schedule of Public Gold Seminar:
          Day        Date          Time                           Town Venue

  1. Sat       19.12.09    8pm-10pm     Sungai Petani Park Avenue Hotel
  2. Sun      20.12.09    8pm-10pm     Butterworth Pearl View Hotel
  3. Sat       26.12.09    8pm-10pm     Kota Bahru Grand Riverview Hotel
  4. Sun      27.12.09    8pm-10pm     Kuala Terengganu Ming Star Hotel
  5. Sat       02.01.10    8pm-10pm     Johor Bahru J. A. Residence Hotel

Details of Venue:
• Park Avenue Hotel
Jati room,Level 2
E-1 Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Tel: 04-431 7777

 

• Pearl View Hotel
Pearl 6 (Level 5)
Jalan Baru, Seberang Prai,
13700 Butterworth, Penang.
Tel: 04-398 9888

 

• Grand Riverview Hotel
Dewan Congkak (1stFloor)
Jalan Post Office Lama,
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-743 9988

 

• Ming Star Hotel
Dewan Tanjung 2 – Level 1
217, Wisma Cemerlang, Jalan Sultan Abidin,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-622 8666

 

• J. A. Residence Hotel
(Formerly known as the Compact Hotel Johor Bahru)
Hall J.A. Residence
18, Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-221 3000

 mari kita ramai-ramai pergi..tak perlu bayar..jumpa saya di Sungai Petani.. Butterworth..dan Johor Bahru..insyaallah

Posted in Uncategorized. No Comments »

Selepas Bencana 2012….emas akan diguna pakai sepanuhnya?

hehehe tajuk di atas bukannya nak promosi filem yahudi berkisarkan kiamat 2012 cuma sesuatu yg tercetus dari minda cetek aku selepas aku menonton cerita filem 2012…filem nie khabarnya diharamkan oleh majlis fatwa kebangsaan kalau tak silap aku la dengar-2 cerita dari kawan…sebab sebagai orang melayu yang beragama islam..kita sudah tahu bagaimana kiamat boleh terjadi..separti yang telah di ceritakan oleh ALLAH dalam Al-Quran dan melalui Utusan Rasul dan Nabinya…sepaerti kita tahu akan berlaku 2 jenis kiamat..1)kiamat kecil 2) kiamat besar dimana berlaku peristiwa penting 40 hari sebelum kiamat…aku nie bukan ustaz..mahupun professor pengkaji alam..cuma manusia biasa yg menjalankan rutin hariannya…
bagi aku filem 2012 umpama bencana alam yg disebabkan oleh perbuatan manusia sendiri..ya kita…dan jika berlaku bencana seperti diatas..tak kiralah tahun berapa..aku yakin..kita akan kembali semula kezaman batu..atau Stone Age…cuma kita dah advance sikit sebab dah mahir teknologi kemahiran ketukangan…yang akan aku tekankan disini adalah dari segi ekonomi..aku rasa pada masa selepas kejadian ini matawang langsung takkan berharga..ia cuma umpama sekeping kertas sahaja…kita manusia akan bermula denga sistem tukaran barang yakni sistem barter…oleh kerana ilmu ekonomi kita juga dah semakin maju..sistem barter kita juga dah tiada masalah..kita dah dapat membuat pertukaran dengan lebih efektif..tiada kegawatan ekonomi tiada inflasi tiada defisit dll..kita akan mulakan dengan ekonomi saradiri…bertani dan bertenak haiwan..itupun kalau masih ada haiwan yg tinggal…segalanya kembali kepada asal tetapi dah maju..sebab kita dah ada ilmu..tak mcm beribu tahun dahulu…
selepas itu era logam akan kembali…dan aku yakin pada masa nie satu logam akan berkuasa..iaitu EMAS dan PERAK…kerana jika benar bumi akan bertukar kutubnya dimana timur akan jadi barat..utara akan jadi selatan..dan pada masa tue lah kiamat akan tiba..seperti yang kita umat islam ketahui..salah satu tanda kiamat besar adalah apabila matahari terbit dari arah barat kerana perubahan akibat bencana ini…sebab aku rujuk sebuah buku yg bertajuk 3 tokoh bakal takluk dunia..karangan ustaz jaafar bin salleh terbitan pustaka azhar ada dinyatakan…
dan bagi pelabr-2 emas terutama yg selalu beli emas dari public gold…ayat nie pastie korang pernah lihat dan baca….
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
ayat-ayat diataslah yg aku rujukkan..jadi pasti..dan aku yakin..emas akan jadi matawang utama ..dan pekara itu pasti berlaku…
ingat tsunami pada 2004..separuh aceh hilang dalam beberapa minit sahaja…akibat dari gempa dasar laut..para saintis kata ianya berlaku akibat lipatan kerak bumi..dan ada saintis mengatakan lipatan itu berlaku disebabkan bumi cuba membaki dirinya …entahlah ..hanya Allah maha mengetahui…tapi akibat dari perbuatan itu bumi telah condong sedikit..sebab tue kita mengalami perubahan cuaca yg drastik..panas yg terik..sejuk yg melampau..paling ketara kalau kita perhatikan sekarang kalau balik kampung sebelah pagi kita dah jarang dengar burung-2 berkicauan…entahlah..tapi yg paling kita terasa adalah masa..masa menjadi terlalu singkat….jadi beringatllah….EMAS akan jadi matawang utama satu hari nanti..jadi..tunggu apa lagi..belilah emas sebagai simpanan..tak payah simpan dalam bentuk duit..simpan emas…yakinlah dengan emas..kerana kalau kita semua umah islam terutama kita di negara MALAYSIA memiliki emas..aku yakin..kita akan jadi negara yg berkuasa…dan bukan lagi Amerika …ini lah jihat yg terbaik….belilah emas..untuk sebarang pertanyaan boleh massange aku….sekian wasalam
Posted in Uncategorized. No Comments »

Kenapa Emas Ditinggikan Darjatnya Oleh Allah SWT

Sebut saja mengenai emas, semua orang yang waras mengenali emas, logam yang paling berharga ini acap kali di jadi hias kaum hawa malahan pada masa sekarang ada kaum Adam tanpa segan silu menjadikannya sebahagian daripada hiasan mereka, Perlu diingatkan bagi lelaki walaupun memakai Cuma seketika ia tetap berdosa.
Sejarah dunia telah membuktikan ia adalah logam yang amat bernilai, bagi memperoleh emas ada yang sanggup berbunuh- bunuhan malahan ia juga membuktikan emas digunakan bagi menebus kawasan ataupun kota yang ditawan pihak lawan sebagai contoh peperangan yang berlaku sekitar 700sm Raja Yehuda menyerahkan sebanyak 30 talenta emas dan 800 talenta perak kepada Sanherib bagi menebus kota -kota yang ditawan oleh Sanherib
Emas merupakan satu logam yang tidak akan teroksida ataupun dalam istilah lain ia akan membentuk sebatian. Dalam istilah bahasa ia tidak akan berkarat. Oleh sebab itu ia merupakan pengalir elektrik yang terbaik tetapi oleh sebab ia sangat mahal, wayar elektrik yang digunakan sekarang ini hanya tembaga. Tetapi masih ada alat elektronik memerlukan emas sebagai kompenannya seperti IC dan juga processor komputer kita tetapi kuantitinya terlalu kecil.
Tahukah anda kenapa Allah SWT mengangkat darjat emas sehingga ia dan amat bernilai dan berharga dari kaca mata kita sehingga menjadi rebutan sekalian manusia? Kisahnya begini;
Allah SWT mengizinkan Nabi Adam dan Siti Hawa memakan apa jua buah- buahan yang ada di taman syurga kecuali buah Kuldi.
Iblis yang memasuki syurga dengan bantuan Ular Yang menelannya dan kemudian memasuki syurga, burung merak mengawal memerhatikan para malaikat penjaga syurga pada bahagian dalam syurga semasa ular melepas iblis manakala kuda membawa iblis ke tempat di mana Adam dan Hawa berada. Iblis bertanggungjawab membuat hati Hawa berdetik untuk merasa buah Kuldi seterusnya ia mempengaruhi nabi Adam sehingga berubah fikiran untuk mencubanya.
Di riwayatkan sebaik Nabi Adam makan buah kuldi, ia tersekat di leher menjadi Halkum manakala bagi Siti Hawa ia tersekat di dada menjadi buah dada. Seterusnya mereka terus terasa ingin membuang air kecil dan besar. Berlari- lari mencari tempat untuk tujuan tersebut sedangkan di Syurga bersih dan suci. Lalu Allah SWT mencampakkannya ke dunia bersama- sama haiwan yang membantu iblis memasuki syurga.
Apabila Nabi Adam dan siti Hawa dikeluarkan daripada syurga, semua malaikat dan makhluk- makhluk lain di syurga berasa tidak puas hati dengan tindakan Allah SWT dan Allah SWT yang maha mengetahui hanya emas sahaja yang tidak tergolong dalam kumpulan ini, lalu Allah SWT bertanyakan kepada emas adakah tindakannya betul supaya didengar oleh yang lain-lain.
“Yang bersalah tetap bersalah, yang bersalah mesti di hukum” kata emas
Dengan jawapan daripada emas tersebut Allah SWT menaikkan darjat emas sehingga ia tidak boleh berkarat meskipun terbenam sekian lama di dalam tanah, digemari untuk dijadikan hiasan wanita serta menjadi rebutan anak- anak cucu Adam.
Nota; Maaf, saya terlupa haiwan yang bertanggung jawab sebagai pemerhati malaikat ketika di luar syurga semasa ular menelan iblis.
Wallahualam

Posted in Uncategorized. 2 Comments »

Panggilan di waktu prima

tadi ketika aku lepak-lepak tengok tv aku terima satu pangilan…suspen jugak aku..rupa-rupanya En Amir..dia rupanya ingin bertanyakan kepada aku tentang perlaburan emas nie…tak sangka pulak..tengah hari tadi dia nak beli emas sekarang nak melabur terus …jadi aku pun bercerita kepada dia..tapi masalahnya aku taknak bill talipon dia naik sebab berborak dengan aku..jadi aku bagi laman web JUTAWAN EMAS dan mintak dia baca..bagus En shukor sebab sediakan web dan berkonsi ilmu emas dengan orang…banyak pahala dia dapat tue selain keuntungan orang beli emas…aku minta En Amir baca semua artikal didalamnya…inilah kebaikan kalau kita niat nak tolong orang kerana Allah…

Posted in Uncategorized. No Comments »
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes